Friday 18 November 2011

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM

SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SENARAI BIDANG TUGAS
SPI Bil 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin

1. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID:
    ( rujukan -panduan bidang tugas staf sekolah menengah)

A.   DI SEKOLAH :
  1. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal-hal disiplin, kaunseling,                                       kebajikan murid,buku teks, biasiswa, penerbitan dan percetakan,                                                  perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta                                                              penyeliaan asrama (jika ada).
  2. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal-hal 3K                                                 (Kebersihan,Kesihatan & Keselamatan).
  3. Membantu pengetua menyelia & menilai aktiviti program perlindungan                                                pelajar, merancang & menyelaras program mencegah penyalahgunaan                                                   dadah dan program lain di peringkat sekolah.
  4. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan                                                          pengurusan HEM.
  5. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua /PK.
  6. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
  7. Menyelaras dan menyelenggara program ‘Out Reach’ sekolah                                                            dan menentukan proses pengambilan, kemasukan dan pendaftaran                                                        pelajar Ting. 1 & 4 berjalan dengan lancar dan berkesan.
  8. Membantu pengetua mewujudkan hubungan dua hala antara                                                               sekolah dengan ibu bapa, penjaga ,komuniti dan agensi-agensi luar.
  9. Membantu Pengetua menyelaras pengurusan ‘Sistem Rumah’                                                                 (SBP sahaja).
  10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

B.   DI  ASRAMA ( Jika ada ): ( rujukan-Buku Panduan Pengurusan                                                        
          Asrama Sekolah )
  1. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama.
  2. Membantu urusan pelantikan warden asrama.
  3. Melaksanaka program2 bagi peningkatan prestasi akademik                                                                   murid asrama.
  4. Membantu dan memantau kewangan asrama.
  5. Menyelaras semua pungutan wang seperti pungutan yuran asrama,                                                   buku tunai, buku resit dan buku stok.
  6. Membantu mengurus kakitangan asrama.
  7. Memastikan pengurusan kesihatan murid asrama dijaga.
  8. Menyemak data Sistem Maklumat Asrama ( SMA).
  9. Menyelia tugas warden, penyelia asrama & pembantu pengurusan                                                   murid ( PPM ).
  10. Memastikan penyeliaan makanan dipantau mengikut jadual/menu                                                      yang ditetapkan.
  11. Memastikan premis asrama dijaga dengan bersih dan selamat.
  12. Membantu dalam pengurusan sebut harga/tender makanan                                                                     asrama sek.
  13. Memastikan kemudahan rekreasi mencukupi di samping                                                  menggalakkan penyertaan murid asrama dalam aktiviti                                                                       riadah dan kokurikulum.
  14. Menjadi pengerusi Lembaga Pengawas Asrama.
  15. Bertanggungjawab atas keselamatan murid, bangunan dan alatan                                                       asrama supaya sentiasa dalam keadaan baik.
  16. Menyelia supaya penggunaan air &elektrik tidak berlaku pembaziran.
  17. Menyelaraskan penyediaan laporan Harian Asrama & Laporan                                                  Bulanan Asrama.
  18. Melaporkan segera sebarang kes kecemasan yang berlaku                                                                  di asrama kepada pengetua.
  19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.
2.SENARAI TUGAS PK HEM
2.1.Pembangunan Diri Pelajar
2.1.1     Disiplin
a)     Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
b)    Bantu pengetua menentukan polisi-polisi mengenai                                                       pelaksanaan disiplin sekolah.
c)     Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasa.
d)    Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang                                         melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
e)     Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar &                                                                     laporan pelajar.
f)     Menjadi guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
g)    Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan                                                                ibu bapa/penjaga.

2.1.2       Bimbingan dan Kaunseling
a)     Merancang dan menyelaras pelaksanaan program B&K                                                          bersama-sama dengan guru B&K.
b)    Menyelaras dan menyediakan rekod B&K pelajar serta                                                       menyediakan laporan yang diperlukan.
c)     Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
d)    Merancang dan melaksanakan program dan orientasi                                                                 bagi pelajar2 baru.

2.1.3       Program Perlindungan Pelajar
a)     Merancang dan menyelaras program mencegah                                                                      penyalahgunaan dadah dan program
lain di peringkat sekolah.
b)    Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar                                                                        semasa berada di sekolah dilaksanakan.

2.1.4       Kesihatan dan Rawatan
a)     Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.(pergigian dan
     suntikan )
b)    Memastikan program2 kesihatan pelajar dijalankan dengan
     sempurna.
c)     Menguruskan kad 001/ 002. Kad Tenaga Asas/SEGAK
     dan lain-lain.
d)    Menyelaras penyeliaan kantin sekolah dan dewan makan
     ( Asrama ).
e)     Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

2.1.5       Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT)
a)     Menyelaras pengeluaran,pengambilan,pengagihan &
     hapuskira buku teks.
b)    Mengurus kutipan data, mengawal buku stok dan Bilik SPBT
     (BOSS).
c)     Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.

2.1.6       Biasiswa dan Bantuan
a)     Menyelenggarakan perakaunan2 biasiswa & bantuan.
b)    Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan.
c)     Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.

2.2.Pengurusan Hal Ehwal Murid
a)     Mengurus dan mengemaskinikan Buku Rekod
     Pendaftaran Pelajar.
b)    Menguruskan kemasukan ,penempatan pelajar dan                                                                 pertukaran pelajar.
c)     Menyemak Buku Jadual Kedatangan harian @                                                                               e-Hadir pelajar pada sesi pagi.
d)    Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akuan,                                                                      sijil-sijil pelajar dan sebagainya.
e)     Membantu merancang takwim sekolah.
f)     Membantu menyediakan anggaran belanjawan
    sekolah.

2.3.Pembangunan Organisasi
a)     Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah
     dengan ibu bapa atau penjaga.
b)    Mengadakan kursus latihan untuk personel.(guru)

2.4.Pembangunan Kendiri
a)     Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
b)    Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
c)     Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan                                                                sekolah ( R&D/kajian tindakan ).
d)    Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang
     pendidikan kepada pihak lain.
e)     Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan/Majlis                                                       Perhubungan yang  berkaitan dengan profesion
      keguruan.



No comments:

Post a Comment