Friday 18 November 2011

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2011

Ruj. Kami : JEA1091/100-19  (  06    )
Tarikh      :  11 November  2011

Kepada,
Semua Ibu bapa/ Penjaga,
Murid-murid Sekolah Seni Johor Bahru,
Johor Bahru,
Johor.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2011.

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 14 November 2011 hingga 03 Januari 2012. Sekolah akan dibuka semula untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada 04 Januari 2012.

3.         Sehubungan itu, semua murid dikehendaki pulang ke asrama pada 03 Januari 2012 ( Hari Selasa ) sebelum jam 5.00 petang. Semua murid perlu membuat pendaftaran asrama dan membeli buku tulis mengikut ketetapan berikut:-
                        Tarikh : 03 Januari 2012 ( Selasa )
                        Masa  : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
                                     2.00 petang hingga 4.00 petang
                        Tempat : Dewan Mini Sekolah Seni Johor Bahru

4.         Bersama-sama ini disertakan sesalinan senarai buku tulis untuk kegunaan murid tahun 2012 untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

5.         Selain itu, pihak sekolah juga mohon jasa baik tuan/puan agar dapat membawa bersama slip gaji tuan/puan ( berakhir 31 Nov @ Disember 2011) bagi keperluan Sistem Maklumat Murid (SMM), KPM.

6.         Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................
( HAJAH ROHANA BT ISMAIL )
Pengetua
Sekolah Seni Johor Bahru

No comments:

Post a Comment