Friday 18 November 2011

DASAR 1: TANGGUNGJAWAB GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN MURID

DASAR 1 : TANGGUNGJAWAB GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN MURID

1.1  Semua warga pendidik disekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua
                  murid ( in loco parentis ).
1.2  Menjalankan tanggungjawab dan amanah seperti mana SPI 10:2001:“Semua Guru Adalah Guru Disiplin”.
1.3  Mematuhi dan menguatkusa segala peraturan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan dengan pengurusan HEM dan Asrama ( khususnya SPI Bil.7/2011 : SOP 1:3:7 ).
1.4  Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid paling utama dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.5  Semua warga pendidik perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan penuh kasih sayang tanpa mengira jantina,bangsa dan agama.
1.6  Menjaga maruah dan rahsia peribadi seseorang murid itu sebagaimana yang dituntut dalam etika keguruan (khususnya Guru Kaunseling).
1.7  Guru perlu mematuhi segala prosedur/ proses kerja/Standard Operating Prosedure (SOP) semasa menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah.
1.8  Guru hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dan etika perkhidmatan.
1.9  Guru hendaklah menjalankan amanah dengan hadir ke sekolah dan kelas P&P (akademik, kesenian & kokurikulum ) tepat pada masa tanpa gagal.

No comments:

Post a Comment