Friday 18 November 2011

DASAR 9: PERATURAN MEMBAWA BARANG LARANGAN KE SEKOLAH @ ASRAMA


DASAR 9 : BARANG LARANGAN

(A) BARANG LARANGAN
1)    Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke sekolah atau asrama.
2)    Televisyen, radio walkman ,MP4 dan discman, (walkman & MP3 dibenarkan penggunaannya hanya di asrama sahaja.)
3)    Telefon bimbit termasuk charger, SIM card dan lain-lain alat aksesori berkaitan.
4)    Rokok/ mancis/pemetik api, benda-benda tajam dan berbahaya, bahan letupan.
5)    Gula-gula getah (chewing gum )
6)    Minuman keras.
7)    Alat solek * ( hanya untuk kelas & program persembahan sahaja)
8)    Barang kemas
9)    Cermin mata hitam
10) Pakaian yang menjolok mata
11) Baju/seluar jeans dan baju-t ala rockers/berlambang jenama rokok/minuman keras/tulisan berunsur negatif.
12) Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah.
13) Komputer riba.
14) Risalah perkauman dan politik
15) Barang-barang lain yang disifatkan oleh Pengetua tidak perlu dan membahayakan keselamatan pelajar.
Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan kepada pelajar.

(B) HARTA PERSENDIRIAN
1.    Menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda milik masing-masing .
2.    Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik murid hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan cermat, bersih dan sempurna.
3.    Wang/ barang berharga tidak boleh ditinggalkan di tempat-tempat yang terbuka.
4.    Murid hanya dibenar menyimpan kurang daripada RM 30.00 pada satu-satu masa.
5.    Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru bertugas mingguan/warden/PKHEM untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.

No comments:

Post a Comment