Friday 18 November 2011

DASAR 2: KEMASUKAN DAN PERTUKARAN MURID

DASAR 2 : KEMASUKAN DAN PERTUKARAN MURID

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid baru berdasarkan senarai nama murid yang    
      diputuskan oleh Bah. Kokurikulum dan Kesenian(BKK) ke sekolah tanpa sekatan.
2.2 Setiap murid di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam Buku Daftar sekolah setelah
      disahkan surat tawaran dan yuran sekolah/asrama telah dijelaskan.
2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik serta
      bidang kebitaraannya (kesenian ).
2.4 Setiap murid diwajibkan tinggal di asrama yang berkonsepkan Sekolah Berasrama
      Penuh (SBP).
2.5 Setiap murid dikehendaki lapor pada hari “Pendaftaran Murid”dan mengikuti program
      Minggu Orientasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
2.6 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM)
      berdasarkan dokumen sah yang diberikan oleh pihak ibu bapa/penjaga.
2.7 Ibu bapa /penjaga yang ingin membawa pelajar keluar perlu mengisi Buku Kebenaran
      Khas Keluar waktu P&P hanya setelah mendapat kebenaran pengetua.
2.8 Sebarang pertukaran pelajar perlu ada permohonan secara bertulis daripada pihak
      ibu bapa/penjaga yang sah (WAJIB ) dan diluluskan oleh pihak BKK,KPM
2.9 Bagi setiap murid yang bertukar(berpindah), dokumen berikut diperlukan :
            a)  Surat kelulusan pertukaran  
            b)  Borang P.U.(A)275,Permohonan Untuk Bertukar Sekolah oleh Warganegara
                 (Antara Negeri)  dan perlu ada dengan sokongan pihak sekolah.
c)   Pihak sekolah dikehendaki menyediakan dokumen berikut :
i)      Fail peribadi pelajar/ Kad 001M/ Kesihatan/pergigian
ii)     Bahan PBS /ULBS/PAFA
iii)    Markah/ Buku Rekod Penilaian Kokurikulum
iv)   Resit  Bayaran Yuran Persekolahan ( Tingkatan 1* )
v)    Sijil-sijil /keputusan akademik & kesenian
vi)   Laporan Kaunseling & Komen Jurulatih disertakan.
vii)  Laporan Disiplin ( dihantar sekiranya diminta oleh sekolah baru )
viii) Buku SPBT dipulangkan kepada pihak sekolah
ix)   Peralatan sukan & kesenian yang dipinjam hendaklah dipulangkan.
x)    Yuran tertunggak telah dijelaskan ( yuran sekolah/yuran khas/yuran makan
       asrama)

No comments:

Post a Comment