Friday 18 November 2011

PERINGATAN MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN KE SEKOLAH DAN ASRAMA

Ruj. Kami : JEA1091.HEM(36)/100-19/1/5 (       )
Tarikh        : 15 November  2011

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga
Pelajar-pelajar Sekolah Seni Johor Bahru
Jalan Abdul Samad, 80100,
Johor Bahru.

Tuan/Puan,

PERINGATAN MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN KE SEKOLAH DAN ASRAMA

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pengurusan disiplin murid di sekolah memang menjadi agenda utama sekolah agar disiplin terarah kendiri murid yang tinggi dapat menjana kecemerlangan sahsiah, akademik dan kesenian mereka secara total.

3.         Sehubungan dengan itu, terdapat kes-kes yang mana murid-murid telah membawa barang larangan ke sekolah khususnya di asrama. Undang-undang dan peraturan membawa barang larangan telah jelas dinyatakan dalam Buku Peraturan Disiplin dan Asrama Sekolah Seni Johor Bahru yang dikeluarkan pada tahun 2008. ( seperti lampiran A)

4.         Seperkara lagi, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 yang menyatakan tentang  Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah, No. Rujukan : KP(BS-Dsr) 201/002/1 Jld.2 (2) bertarikh 25 Mac 2009 dirujuk dan dilampirkan bersama surat ini. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh pihak sekolah dan asrama bagi mengelakkan pelbagai masalah disiplin yang timbul seperti kes kecurian, penyalahgunaan semasa pengajaran pembelajaran serta penyebaran bahan-bahan maklumat yang boleh mempengaruhi perlakuan yang negatif dalam kalangan murid sekolah.

4.         Oleh itu, pihak sekolah meminta agar semua ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ PEWARIS BUDAYA BANGSA ”


Saya yang menurut perintah,

………………………………….............
( HAJAH ROHANA BINTI ISMAIL )
Pengetua
Sekolah Seni Johor Bahru

No comments:

Post a Comment