Friday 18 November 2011

DASAR & KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU
DASAR & KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
“Disipin Cemerlang, Akademik & Seni Gemilang”

1. 0      PERNYATAAN DASAR
Dasar Sekolah merupakan satu garis panduan atau polisi sekolah untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga sekolah khususnya di kalangan guru,jurulatih dan murid-murid di sekolah ini. Dasar sekolah yang digubal ini mengambilkira semua aspek yang berkaitan dengan Akta Pendidikan, Surat-Surat Pekeliling yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Antara fokus Unit HEM adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid yang tinggi dalam pembangunan sahsiah murid (Sumber:Dimensi IV:Kemenjadian Murid dalam SKPM ). Diharapkan murid dapat memperlihatkan sikap dan perlakuan yang positif dengan:-
i)        Menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.
ii)       Berkomunikasi secara sopan dan berbudi bahasa.
iii)      Menghormati rakan, guru dan orang dewasa.
iv)     Menepati masa dan arahan tugas.
v)      Menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
vi)     Menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran sekolah.
vii)    Menjaga keselamatan harta benda diri , sekolah dan kemudahan awam.
viii)   Mematuhi peraturan sekolah /asrama.
ix)     Memberi sumbangan dan khidmat kepada kemajuan sekolah.
x)      Memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat.
xi)     Menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi.
xii)    menunjukkan sikap berterima kasih dan bersyukur.
Sehubungan dengan itu, Sekolah Seni Johor Bahru akan memberi perkhidmatan,bimbingan dan kebajikan sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas semua permasalahan murid tanpa membezakan jantina, bangsa dan agama.

2. 0      PERNYATAAN DASAR PEMBANGUNAN KEMENJADIAN MURIDv
Sekolah Seni Johor Bahru memberi peluang sama rata serta mengambil tindakan sewajarnya dalam konteks pemantapan sahsiah semua murid tanpa membezakan bangsa dan agama demi kecemerlangan kemenjadian murid dan sekolah. Sekolah menetapkan dasar pembangunan sahsiah murid untuk:
1.      Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk memegang jawatan.
2.      Merekod jawatan dan tanggungjawab yang dipegang oleh setiap murid.
3.      Memberi latihan, bimbingan serta peluang kepada semua pemegang jawatan.
4.      Menilai tahap penglibatan atau pencapaian murid dari masa ke semasa.
5.      Melakukan penambahbaikan atau value added  hasil dari penilaian yang dibuat.
6.      Memberi nasihat,teguran/hukuman setimpal dengan sesuatu perlakuan negatif.
7.      Memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan positif atau kejayaan.

3. 0      PERNYATAAN PELAKSANAAN DASAR HEM  v
Seluruh warga sekolah akan membudayakan kerja cemerlang dan membina persekitaran sekolah yang kondusif ke arah melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing. Dalam usaha melaksanakan dasar KPM (pengurusan disiplin) dengan jayanya, pihak sekolah mengurus mengikut Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Antara prinsip-prinsip pengurusan HEM secara berkesan ialah:
a)                      Mengenalpasti latar belakang keluarga, status sosio-ekonomi, dan bakat murid.
b)                      Memberi bantuan dan perhatian sama rata kepada semua permasalahan murid.
c)                      Merancang program hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan
                        strategi berdasarkan kumpulan sasaran.
d)                      Mengelola sumber manusia (guru/murid )dan kewangan yang ada dengan cekap.
e)                      Melaksanakan program yang telah dirancang dengan kerjasama semua pihak.
f)                       Memantau pelaksanaan program secara bersepadu dan terancang.
g)                      Menilai impak program dengan mengenalpasti kelemahan dan ancaman.
h)                      Memastikan keberkesanan program dengan melaksana penambahbaikan.
i)                        Menjalinkan permuafakatan dengan ibu bapa /penjaga serta komuniti.


No comments:

Post a Comment