Friday 18 November 2011

DASAR 3: DISIPLIN MURID

DASAR 3 : DISIPLIN  MURID

3.1 Setiap murid dikehendaki memiliki sebuah “Buku Peraturan Sekolah & Asrama ” dan
      faham akan isi kandungan buku tersebut.
3.2 Setiap murid perlu menandatangani surat aku janji serta melafazkan ikrar mematuhi
      peraturan dan undang-undang sekolah/asrama.
3.3 Pelajar yang melanggar “Peraturan Sekolah” akan dikenakan tindakan disiplin seperti
      yang terkandung dalam buku Panduan Peraturan Sekolah & Asrama.
3.4 Pelajar yang melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke JK Disiplin untuk     
      Siasatan dan sesi Bimbingan dan Kaunseling.       
3.5 Pelajar yang melanggar peraturan sekolah dalam konteks kes berat, akan dihadapkan  
      ke Lembaga Disiplin sekolah untuk diputuskan tindakan disipplin atau hukumannya.
3.6 Pelajar yang melakukan salah laku disiplin akan diberikan surat amaran, gantung                   
      sekolah /dibuang, surat akan dikirimkan kepada ibu bapa/penjaga.
3.7 Ibu bapa/penjaga murid akan dipanggil untuk hadir ke sekolah berjumpa dengan ketua
      guru disiplin/penolong apabila melibatkan kes berat atau markah demerit murid telah
      mencapai satu jumlah yang telah ditetapkan dalam Sistem Merit-Demerit /Buku Panduan
      Peraturan Sekolah.
        3.8  Sekolah mengamalkan pendekatan “Caring and Sharing” dalam menangani isu berkaitan
               disiplin murid.
        3.9  Ibu bapa /penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu
      memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
3.10 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira
                 ponteng sekolah.
3.11 Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah, murid tersebut perlu mengemukakan sijil
        Sakit (MC) kepada guru kelas sebaik sahaja kembali ke sekolah. Bagi murid yang
        tidak mempunyai sijil sakit, maka ibu bapa/ penjaga perlu menulis surat kepada sekolah
        atau berjumpa dengan Guru Kelas.
3.12 Surat Amaran ketidakhadiran akan dikeluarkan mengikut garis panduan KPM.
3.13 Murid boleh dikenakan tindakan disiplin/ gantung kesenian sekiranya kes salah                
     salahlakunya  telah menjejaskan nama baik sekolah.
3.14 Adalah menjadi tanggungjawab ketua darjah untuk memberitahu Pengetua/
        Penolong Kanan sekiranya guru tidak masuk kelas ( tidak dapat dikesan).
3.15 Pelajar tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah pada waktu sekolah tanpa
        Kebenaran bertulis daripada Pengetua/ Penolong Kanan.
3.16 Murid juga tidak dibenarkan keluar atau masuk ke mana-mana bilik darjah/bilik khas
        (studio kesenian ,makmal,stor sukan,stor kokurikulum) /dewan makan tanpa kebenaran
        guru atau penyelaras bilik khas berkenaan.
3.17 Murid dilarang keluar bilik darjah pada waktu P&P tanpa kebenaran guru. Murid yang
        dibenarkan keluar hendaklah memakai kad ‘Pas keluar kelas’.
3.18 Murid dilarang ke kantin pada waktu P&P tanpa kebenaran bertulis daripada Pengetua/
        Penolong Kanan.
3.19 Murid dilarang membawa benda berikut ke sekolah/asrama:
a. Alatan berbahaya serta tajam (pisau, pisau cukur (Blade)
b. Pemadam ‘liquid paper’ atau ‘correction tape’
c. Barang elektronik contoh VCD, MP4,Walkman…
d. Barang elektrik
Sila rujuk kepada senarai lengkap barang larangan dalam Buku Peraturan dan di
 papan notis Lembaga Pengawas Sekolah.
3.20 Barang larangan bernilai yang dirampas mesti dituntut balik dalam masa 14 hari
        persekolahan oleh pihak ibu bapa/penjaga. Jika tidak, barang itu akan dihapus kira.




No comments:

Post a Comment